Jangan Lupa "LIKE" Lepas Jengah :D

24 February 2010

Bahas Ala Parlimen (Piala Diraja) Peringkat 1

Salam semua..


Gelagat Ketua Pembangkang (Nur Saidatul Fateha) & Pembangkang ke 3 (Muhammad Fathi) ketika dikuarantin sebelum pertandingan bermula selama 1 jam

Hari ni, aku agak gembira dan penat. Pada peringkat pertama Pertandingan Bahas Ala Parlimen Piala Diraja, SMK Tengku Ampuan Jemaah mln SMK Pulau Indah. Peringkat Zon B, SMK Tengku Ampuan Jemaah, di peringkat pembangkang dan SMK Pulau Indah di pihak kerajaan. Setelah segala usul di bahas. Akhirnya keputusannya adalah:

Tuan Speaker Dewan: Dengan ini, saya mengumumkan bahawa usul pada hari ini ditolak.

Maknanya, kami di pihak pembangkang dah menang. Fathi masih keliru. 'Menang ke kalah ni?' tu la kot apa dalam hati dia..haha

Lepas tu Tuan Speaker dewan cakap lagi.

Tuan Speaker Dewan: Seterusnya, diumumkan pembahas terbaik pada hari ini jatuh kepada YB Pembangkang Kedua, YB Muhammad Akmal Ridzuan bin Abd Rahim.

Aku pun tercengang. Macam nama aku?haha.. Yeah! It's me..!haha.. Aku? Dapat pembahas terbaik? memang tak boleh percaya. Tapi itu la hakikatnya. OK, sekarang aku bagi teks bahas aku sebagai pembangkang ke 2 dengan usul KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim.


Terima kasih tuan yang dipertua, kabinet kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli yang berhormat sekalian.


Assalamualaikum w.b.t. dan selamat bersidang.


Tuan yang dipertua,


Usul masih tetap sama iaitu KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL. Namun, sebagai pihak pembangkang yang sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat di negara ini, kami tetap terus tidak bersetuju dengan usul yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi.


Tuan yang dipertua,


Bertindak selaku pembangkang kedua, saya bertanggungjawab mempertahankan pindaan definisi yang dibuat oleh ketua pembangkang sebentar tadi secara ringkas.


Menurut Ensiklopedia bebas Bahasa Melayu, Wikipedia Malaysia, Sains dan Teknologi ialah pengetahuan berkaitan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Bukan didefinisi menurut kamus dewan edisi ke 4 sebagai sebenarnya tidak manakala punca sebagai sumber atau asal. Seterusnya, kami takrifkan peningkatan sebagai sesuatu yang sedang berlaku dan masih berterusan. Frasa gejala sosial menurut Puan Ramlah Yong, Pengarah Kesuma JAKIM sebagai perubahan negatif dan jelik yang berlaku dalam aspek kemasyarakatan seperti pergaulan, persahabatan atau aktiviti sosial.


Tuan yang dipertua,


Menjadi tanggungjawab saya juga untuk membidas ketiga-tiga hujah pihak kerajaan. Kita lihat satu-persatu nasib mereka.


(bidas ketiga-tiga usul pihak kerajaan)


Tuan yang dipertua,


Kami akan terus mempertahankan pendirian pasukan kami terhadap usul yang hangat dibincangkan. Kami langsung tidak percaya dan tidak bersetuju dengan usul KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.


Atas dasar tersebut, sila analisis hujah kedua dan ketiga pasukan kami.


Hujah kedua kami dibawah kata kunci sains dan teknologi pemberi maklumat dan informasi.

Suatu ketika dahulu, pelajar perlu membawa kalam dan papan batu ke sekolah. Selepas pengenalan pensil dan kertas, sistem ini dianggap maju. Kini zaman semakin berubah, dimana sesetengah pelajar hanya perlu membawa komputer riba. Semua nota dan latihan yang diberikan hanya perlu dimasukkan ke dalam CPU (Central Processing Unit) – mohon tuan yang dipertua. Lihatlah betapa moden dan canggihnya pendidikan masa kini. Hal ini lebih memudahkan pendidik dan para pelajar menjadi celik teknologi maklumat. Pelajar-pelajar di sekolah rendah, menengah dan di institut pengajian tinggi mudah mendapat bahan untuk tugasan mereka melalui jaringan internet. Segalanya hanya di hujung jari. Lebih membanggakan, kita diperkenalkan dengan sistem PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) atau lebih dikenali sebagai pendidikan atas talian membolehkan penuntut hanya duduk di rumah dan boleh mengikuti kuliah masing-masing melalui sistem ini. Jelas tuan yang dipertua kemajuan sains dan teknologi tidak mendatangkan gejala sosial sebaliknya banyak mendatangkan faedah atau manfaat kepada masyarakat.


Pihak kerajaan nampaknya masih ragu. Saya hidangkan pula contoh ke dua. Tuan yang dipertua, dewasa ini, pelajar tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk membuat rujukan sebaliknya hanya dengan satu sentuhan tangan, semua judul buku yang terdapat dalam sebuah perpustakaan akan terpampang di skrin komputer. Sistem ini dikenali sebagai ‘on-line library’ – mohon tuan yang dipertua. Maklumat mengenai buku-buku dimasukkan dan bagaikan kilat, buku yang dicari dapat ditemui. Tuan yang dipertua, jelaslah bahawa sains dan tekologi pemberi maklumat dan informasi.

Seterusnya tuan yang dipertua,


Hujah ketiga pihak pembangkang di bawah kata kunci sains dan teknologi memudahkan urusan manusia.


Yang berhormat rakan-rakan lama dari pihak kerajaan, sudah terang lagi bersuluh, Sains dan teknologi banyak memberi kemudahan kepada manusia. Contohnya alat-alat yang dapat memudahkan urusan kerja manusia seperti mesin basuh, periuk nasi elektrik, penghawa dingin dan sebagainya telah banyak berjasa kepada kita semua. Semua alat-alat moden ciptaan kemajuan sains dan teknologi banyak berjasa kepada manusia. Selain itu, urusan-urusan pembayaran juga boleh dijalankan di mesin-mesin ATM – mohon tuan yang dipertua dan juga melalui pembayaran di internet. Jelas kita lihat bahawa kemajuan sains dan teknologi bukan medatangkan kesan buruk kepada sosial manusia.


Contoh seterusnya, tuan yang dipertua, dengan ciptaan sains dan teknologi juga segala urusan sama ada dalam bentuk perniagaan dan perdagangan menjadi mudah. Pada zaman pascamerdeka ini, pelbagai ciptaan baru wujud bagi memudahkan urusan perniagaan. Contohnya, mesin faksimile, e-mel atau surat elektronik dan sebagainya memudahkan peniaga-peniaga membuat urusan jual beli barangan tanpa perlu pergi ke tempat tersebut. Dengan hanya menekan beberapa butang tertentu, urusan perniagaan dapat dijalankan. Melalui sistem ini, masa, wang dan tenaga dapat dijimatkan. Nah! Sudah jelas dan nyata bahawa sains dan teknologi memudahkan urusan manusia.


Atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL dikaji semula untuk kepentingan keseluruhan masyarakat Malaysia.

Tuan yang dipertua, analisis hujah kami cukup-cukup mantap untuk tidak menerima usul perdebatan pada hari ini. Justeru, kami sekali lagi mencabar pihak kerajaan buktikan bahawa SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.


Tuan yang dipertua,


Pihak kerajaan semakin terpegun dan terpukau dengan pendirian kami pada hari ini. Maka, usul SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL, wajar ditolak dan tidak diterima pakai demi kesejahteraan insan sejagat.


Dengan itu, tuan yang dipertua, kami mohon untuk terus membangkang.


Terima kasih.




Jangan lupa like lepas baca entry ni tau. :D

48 000 jeritan:

ChaRlotte eStelle.. said...

giler pnjg wei..hahaha..
bgozz..!hik

brokemal said...

hahaha..klu nak berbahas mcm ni la teks dia..

tambah2 pembangkang ke 2..mmg lame gile..walaupun peruntukkan masa cme 8 mnit..tp msti akn trlbih..huhu

ChaRlotte eStelle.. said...

x lrt da lw ak cmni..
stakt syrhn skola rndh dlu bley r..
hahaha

brokemal said...

hahaha..
syarahan berape minit ntah..ak da lpe..
lps cuti ni aku ada syarahan..

amyCUMEL™ said...

hum. muke fathi xleh bla. =.=

ChaRlotte eStelle.. said...

syarahn pulak???
rjin nye laa..lw ak maleh bab hfl mnghfl ny!!haha

Anonymous said...

nak full perbahasan korg bole tak?

brokemal said...

anonymous. Sila lah. Jgn sgn2. (:

Anonymous said...

teks untuk pembangkang-3 ade ?

Anonymous said...

weyh..aq nk teks ayat sdap2 n contoh teks ketue pembangkang..ade x??

NuRuL aDiLa said...

hebat nye..
c0ngrtes !

NuRuL aDiLa said...

hebat der~
c0ngrtes!
curi2 ayat sket,,xpe kn??he

NuRuL aDiLa said...

hebat der~
c0ngrte !
lau curi ayt sket,,xpe kn??

eyfazman said...

assalamualaikum saudara :) mnx izin saudara, sy amek text bhas ini yee :) TQ

soleha_yusra said...

salam saudara...minta izin copy bahas ni sebagai panduan...

Anonymous said...

salam. saya minta izin copy bahas ni sebagai panduan. terima kasih.

salmiah said...

teks bahas ini hampir terpesong isi dan huraiannya..pelajar perlu setiap kali sebelum menutup perenggan isi tu, kena tegaskan smula bahawa sains dan teknologi bukan punca gejala sosial...beri contoh ST yg boleh mengelakkan pelajar tidak terbabit dengan gejala sosial...bukan hanya ceritakan tentang kebaikan ST.

salam
cikgu bahas

da-teen sabreena bernoulli said...

cam ne na tulis penggulungan ?
sila bagi tnjuk ajar .

yuhannes haslan said...

kami kne bwt prsembhan debat utk bln bhasa... n ktowg kne bhskn tjok nyh... sya phk pmbgkang jgk.. nseb baek la.. jmpa blog nyh.. so.. ade teks utk ktua pmbgkang x..
lg stu.. msa prtndingn phk krajaan brkmungkinn gne isi apa?? tlg k..
tq

brokemal said...

NuRuL aDiLa : thanks . takpe2 . memang untuk dijadikan panduan. :)

brokemal said...

eyfazman : waalaikumsalam. sila2. :)

brokemal said...

soleha_yusra : wasalam. silakan. :)

brokemal said...

salmiah : wasalam. terima kasih atas compliment. insyaAllah akan dipraktikkan. ;)

brokemal said...

da-teen sabreena bernoulli : org yg buat penggulungan tu kena peka ngn isi pihak lawan. sambil tegaskan semula isi pihak sendiri. kalau cara penyampaian kita berkeyakinan, memang no doubt for us utk menang. :)

brokemal said...

yuhannes haslan : maaf . terlambat rply. pihak kerajaan berkemungkin menggunakan isi seperti, sains dan teknologai punya kebejatan masyarakat, mungkin jugak dia kaitkan dengan kisah seorang gadis di barat yg ditipu oleh kwn siber dy yg menyamar muda untuk pikat dy, n pada asalnya umur dah lanjut. dan bnyk lagi yg negatif.

Anonymous said...

nak copy utk ujian lisan kt skolah... kmi cadang nak ambk bhas..

KliksLove said...

macam mana nak bangkang tajuk "remaja berkualiti modal insan negara" ?

niwa kinsella said...

macam mana nak bangkang tajuk"pengambilan pekerja asing patut dikekalkan"

Anonymous said...

thanks atas perkongsian nye yea....
dapat juga membantu sya cara2 bercakap....erm

Anonymous said...

seriously tension gler klau jd pembangkang ketiga.....Help me!!!!

Anonymous said...

.......

Anonymous said...

.......

ieyrah aurora said...

ayat bleyh than ., n mybe bleyh di tingkat kan ., papew pown ., congurate ,, :))

Soraya Hanis said...
This comment has been removed by the author.
steffany daph said...

bagus nih. tanhniah juga atas kemenangan. (: nak pinjam ayat bunga2 dari sini la (: hehe, pasal saya ada bahas nanti.

brokemal said...

untuk sebarang pertanyaan boleh add saya di facebook www.facebook.com/brokemal . TQ

dieyra lala said...

ade tak ayat ketua pembangkang?

Anonymous said...

love your blog

xin bro said...

terima ksih krna membantu,,

rosdy dilah said...

mohon copy sbgai pnduan.. :)

Anonymous said...

Usually I do not learn post on blogs, but I wish
to say that this write-up very forced me to try
and do it! Your writing style has been surprised me. Thanks, very nice post.



my blog post - chapter 13 bankruptcy florida

Anonymous said...

oooo : )

Anonymous said...

Salam.....nk mitok tolong sikit...macam mane nk bangkang tajuk BELIA CERMINAN KEUNGGULAN NEGARA...harap sudi membantu....Wassalam

Humaira Mohamad said...

Usya bende ni tengah2 malam buta setelah 3 tahun berlalu sejak kali pertama membacanya.. haha

juan said...

can you please give us full text? I mean bahas untuk pembangkang ketiga dengan ketua pembangkang? sekolah ada buat bahas ni and sangatlah tak pandai. at least, bagi point je pon okay la. terkapai kapai gaya tengah laut takde nakhoda je. ewah ayat. sekian terima kasih :)

Anonymous said...

Assalamualaikum, mntk kebenaran copy yer, sbgai rujukan.. Thanks..

Syaera_lee said...

Assalamualaikum , mintak kebenaran nak copy teks ni sbgai panduan . Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara. Nak copy boleh kan? Then nak tanya satu soalan lgi bleh? Camne nak hilang nervous ek ? Lagi2 yg bru nak bertapak kat dunia bahas and tak biasa buat persembhn dpan org ramai . Serious nervous kot . Please give some tips yg saudara selalu guna before bahas or ape2 lain yg libtkan public. Thanks 4 your sharing . :D

Post a Comment

carutan yang berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...